Wednesday, May 13, 2009

IBU....sambungan

Namun ibu, aku tidak melihat engkau menangis, betapa kentalnya jiwa seorang bernama ibu walaupun setelah dewasa baru aku tersedar yang selama ini engkau menanggung derita. Betapa penderitaan itu amat sukar dilalui tetapi apa yang aku nampak engkau redahi dengan mudah.

Walaupun selama yang aku ingati adalah kepayahan yang engkau tanggung amat berat sekali dengan menjadi ketua keluarga, mencari nafkah untuk kita sekeluarga. Seingat aku disepanjang kehidupan dari kecil sehingga dewasa aku tidak pernah lapar dan dahaga.

Tidak pernah rasanya aku tidak makan dan minum. Oh ibu betapa kepayahan yang engkau lalui amat dahsyat sekali tetapi baru kini aku menyedarinya. Tidak pernah aku mendengar rungutan kelu kesah, susah payah membesarkan aku dan abang.

Jiwa seorang ibu amat kental, sehingga tiada jawapan untuk diberikan bagaimana engkau melalui semua ini. Mungkin kerana pada waktu itu aku masih kecil untuk menyelami kesusahan yang ibu tanggung.

No comments: