Monday, May 11, 2009

IBU

Ibu, ketika umurku 10 tahun ayah dijemput Illahi menemuiNya buat selama-lamanya.Betapa diwaktu itu kulihat dunia ini sudah gelita apatah lagi dirimu yang hilang tempat berpaut.

Walaupun aku tidak mengerti apa-apa lagi tentang kehidupan cuma aku hanya mampu menangis tika ayah tiada kerana aku masih ada ibu dan abang untuk membantuku.

Tetapi perjalanan kehidupan kita yang banyak bergantung kepada abang yang amat bertangungjawab mengambil tempat ayah.aku bersyukur....namun kutahu hatipun hancur.

Mungkin seribu persoalan yang tidak terjawab dibenakmu, siapa yang akan membesarkan kami nanti kerana kita tidak berharta.

Sepanjang kehidupan kita selama ini aku tidak merasakan keperitan itu oleh kerana aku masih kecil untuk menilai sebuah kehidupan yang ibu dan abang lalui.

Peritnya tidak terkira dengan abang masih bersekolah dan melakukan kerja disawah, ibu mengambil upah disawah, aku sebenarnya belum mengerti tentang perjalanan sebuah kehidupan.

Hanya yang aku tahu pada waktu itu adalah makan minumku, mainanku, peralatan sekolah yang cukup tetapi keperitan yang ditanggung oleh ibu aku tidak mengerti yang kita sebenarnya berdepan dengan kesusahan. Kita sudah tidak ada tempat bergantung dan sumber pendapatan yang selama ini diusahakan oleh ayah, aku tidak mampu memikirkannya pada waktu itu.

Ibu, aku tidak tahu yang ibu berdepan dengan kepayahan mendapatkan perbelanjaan untuk membesarkan aku.