Sunday, May 31, 2009

Mutiara Bicara

Jalinkan sentuhan emosi dengan pandangan akal. Sinari pancaran akal dengan kehangatan emosi. Iringi imaginasi dengan realiti. Terokailah realiti dengan bertemankan khayalan yang indah. Janganlah kamu cenderung kepada sesuatu secara melampau-lampau, sehingga kamu menjadikan yang lain seperti barang yang tergantung diawang-awangan. Janganlah kamu melawan hukum alam kerana hukum alam ini begitu berkuasa. Namun, kuasailah ia, gunakanlah ia, alihkanlah haluannya dan gabungkan segala elemen yang ada. Selepas itu, nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu perolehi tidak lama lagi. (HASAN AL-BANNA)

Saturday, May 30, 2009

PeRinGatAN UntUk UmaT IslAm

Kata Sultan Abdul Hamid ke- 2 kepada Theodore Hertzel (Pengasas Pertubuhan Yahudi Antarabangsa) yang memberikan tawaran agar beliau membenarkan penubuhan sebuah Syarikat Yahudi di Palestin yang bertanggungjawab membeli tanah-tanah terbiar sekitar Palestin untuk dijadikan kawasan pertanian dan penempatan penduduk Yahudi :

"Palestin bukan milikku, bukan milik bangsa Turki tetapi milik bangsa Arab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sesekali menyerahkan bumi Palestin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta ringgit itu kerana sekiranya suatu hari nanti Khilafah Islamiyah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran. Adapun, sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestin dikeluarkan dari Daulah Islamiyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri (wilayah-wilayah takluk Kerajaan Turki Uthmaniyyah) kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?!
- Kitab Kaifa Saqatot al Khilafah al Islamiyah, m/s 26

Sumber : Hj Nik Azran Muhamed, Hj Mohd Mahadi Hj Isa, Gerakan Freemasonry Musuh Dalam Menghancurkan Islam, Cet Pertama 2009, Hijjaz Records Publishing, Selangor

Tuesday, May 26, 2009

Lima Puluh Lapan Balasan Pahala Untuk Wanita

Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda:

Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

Seorang wanita solehah ada lah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka denganpenuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pint pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, mataharidan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".

Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Dua rakaat solat dari wanita ya ng hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknyayang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

Wanita yang memerah susu binatang dengan"Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan member minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api nerakadan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi isteri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".


Renungkanlah...................

Kelebihan Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Monday, May 25, 2009

fatamorgana: PeNyaKit

fatamorgana: PeNyaKit http://emjayjb.multiply.com/journal/item/234

PeNyaKit

Sejauh manakah setiap insan yang menginap penyakit mendapatkan ubat/penawar yang betul? Adakah doktor yang kita temui akan memberi gambaran yang jelas terhadap penyakit yang kita alami.

Pelbagai jenis ubat yang disyorkan oleh doktor kadangkala tidak sama dengan penyakit yang dialami. Sejauh manakah doktorIslam mempelajari selok belok penyakit yang dijangkiti oleh kita memang ubatnya ada pada mereka melalui pelajaran seorang doktor dari sumber bukan Islam.

Wajarkah sesuatu penyakit hanya diberikan ubat tetapi sampai ajalpun penyakit tidakpun sembuh, apakah itu yang doktor kita belajar ada ubat tetapi penyakit tidak sembuh? lanjutan sila ke http://emjayjb.multiply.com/journal/item/234

Sunday, May 24, 2009

INsAn

Kita sebenarnaya hanya ciptaan yang tidak mempunyai sebarang kekuatan hatta untuk mencipta rambutpun tidak mampu tetapi kenapa kita berani mencabar Yang Maha Esa.

Siapa sebenarnya kita sehinggakan kita menafikan kekuasaanNya dengan tidak melakukan apa jua suruhan dariNya.

Kita selalunya hanya mengikut apa yang dipanggil hawa nafsu dengan meninggalkan suruhan Allah S.W.T dan melakukan perbuatan yang hanya sesuai dengan nafsu kita.

Tanpa bertanya siapa sebenarnya kita untuk menidakkan suruhanNya.Selalu merenungi kedalam diri betapa kita terlalu kerdil jika dibandingkan dengan kekuasaanNya.

Thursday, May 21, 2009

KERJA

Kita mesti bekerja untuk mencapai impian yang diimpikan juga kerja adalah ibadah, setiap ibadah yang dilakukan akan beroleh pahala.

Namun kadangkala terasa amat sukar untuk melaksanakan ibadah yang lain walaupun ia perkara wajib. Apakah kita ikhlas bekerja atau dipaksa untuk bekerja kerana setaip pekerjaan akan mendapat upahnya(gaji) jadi kita bekerja untuk mendapatkan gaji atau sebagai kewajipan mengerjakan ibadah.

Setiap pekerjaan yang baik dilakukan adalah sebagai ibadah tetapi bolehkah kita mengenepikan ibadah-ibadah lain untuk menjadikan pekerjaan kita sempurna sehinggakan kita meninggalkan solat, ziarah-menziarah dan sebagainya.

Bagaimanakah cara yang sesuai supaya segala ibadah dapat kita lakukan?

Sunday, May 17, 2009

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu muliknya
Pelita dan lamou segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat
Alu kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Pelukis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa:
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Di mana-mana dia berdiri dimuka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah di Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan keakhir ayat...............


Usman Awang
1979

IBU....3

Ibu..... cerita jasamu terhadapku tidak akan ada akhirnya namun ada manusia yang memberi satu hari didalam setahun untukmu ianya dipanggil hari ibu tetapi bagi diriku.......

tiap-tiap hari adalah hari untukmu......

Selamat Selamanya Hari Ibu....

Wednesday, May 13, 2009

IBU....sambungan

Namun ibu, aku tidak melihat engkau menangis, betapa kentalnya jiwa seorang bernama ibu walaupun setelah dewasa baru aku tersedar yang selama ini engkau menanggung derita. Betapa penderitaan itu amat sukar dilalui tetapi apa yang aku nampak engkau redahi dengan mudah.

Walaupun selama yang aku ingati adalah kepayahan yang engkau tanggung amat berat sekali dengan menjadi ketua keluarga, mencari nafkah untuk kita sekeluarga. Seingat aku disepanjang kehidupan dari kecil sehingga dewasa aku tidak pernah lapar dan dahaga.

Tidak pernah rasanya aku tidak makan dan minum. Oh ibu betapa kepayahan yang engkau lalui amat dahsyat sekali tetapi baru kini aku menyedarinya. Tidak pernah aku mendengar rungutan kelu kesah, susah payah membesarkan aku dan abang.

Jiwa seorang ibu amat kental, sehingga tiada jawapan untuk diberikan bagaimana engkau melalui semua ini. Mungkin kerana pada waktu itu aku masih kecil untuk menyelami kesusahan yang ibu tanggung.

Monday, May 11, 2009

IBU

Ibu, ketika umurku 10 tahun ayah dijemput Illahi menemuiNya buat selama-lamanya.Betapa diwaktu itu kulihat dunia ini sudah gelita apatah lagi dirimu yang hilang tempat berpaut.

Walaupun aku tidak mengerti apa-apa lagi tentang kehidupan cuma aku hanya mampu menangis tika ayah tiada kerana aku masih ada ibu dan abang untuk membantuku.

Tetapi perjalanan kehidupan kita yang banyak bergantung kepada abang yang amat bertangungjawab mengambil tempat ayah.aku bersyukur....namun kutahu hatipun hancur.

Mungkin seribu persoalan yang tidak terjawab dibenakmu, siapa yang akan membesarkan kami nanti kerana kita tidak berharta.

Sepanjang kehidupan kita selama ini aku tidak merasakan keperitan itu oleh kerana aku masih kecil untuk menilai sebuah kehidupan yang ibu dan abang lalui.

Peritnya tidak terkira dengan abang masih bersekolah dan melakukan kerja disawah, ibu mengambil upah disawah, aku sebenarnya belum mengerti tentang perjalanan sebuah kehidupan.

Hanya yang aku tahu pada waktu itu adalah makan minumku, mainanku, peralatan sekolah yang cukup tetapi keperitan yang ditanggung oleh ibu aku tidak mengerti yang kita sebenarnya berdepan dengan kesusahan. Kita sudah tidak ada tempat bergantung dan sumber pendapatan yang selama ini diusahakan oleh ayah, aku tidak mampu memikirkannya pada waktu itu.

Ibu, aku tidak tahu yang ibu berdepan dengan kepayahan mendapatkan perbelanjaan untuk membesarkan aku.

Thursday, May 7, 2009

Di mana Bumi dipijak, Di situlah Islam dijunjung..

Hari Jumaat yang syahdu.......
memberi seribu harapan untuk masa depan
melalui jalan yang berliku
juga meredah cabaran dunia yang ngeri
betapa sukarnya suatu perjalanan yang ditempuh
bagaikan sentiasa ditusuk duri noda

disini hari masih membisu
bagi diri yang terus dibelenggu
oleh perjalanan lampau yang tidak diatur rapi
rasanya kini menempuh sukar
walau cubaan mengelak derita susah payahh
namun demi masa yang terus meninggalkan

langkah lesu seorang insan
pasti akan merubah corak perjalanan
jika terus begini
kelalaian akan pasti
membelenggu sebuah kehidupan

insan berpijak dibumi Illahi
namun Islam wajib menjadi payung diri
agar kehidupan menjadi acuan diri
bawalah Islam kemana pergi
hidayah nanti pasti

berpijak dibumi, Islam dijunjungi
biar diri taqwa melindungi
nanti kebal godaan duniawi