Thursday, May 7, 2009

Di mana Bumi dipijak, Di situlah Islam dijunjung..

Hari Jumaat yang syahdu.......
memberi seribu harapan untuk masa depan
melalui jalan yang berliku
juga meredah cabaran dunia yang ngeri
betapa sukarnya suatu perjalanan yang ditempuh
bagaikan sentiasa ditusuk duri noda

disini hari masih membisu
bagi diri yang terus dibelenggu
oleh perjalanan lampau yang tidak diatur rapi
rasanya kini menempuh sukar
walau cubaan mengelak derita susah payahh
namun demi masa yang terus meninggalkan

langkah lesu seorang insan
pasti akan merubah corak perjalanan
jika terus begini
kelalaian akan pasti
membelenggu sebuah kehidupan

insan berpijak dibumi Illahi
namun Islam wajib menjadi payung diri
agar kehidupan menjadi acuan diri
bawalah Islam kemana pergi
hidayah nanti pasti

berpijak dibumi, Islam dijunjungi
biar diri taqwa melindungi
nanti kebal godaan duniawi

Monday, April 27, 2009

Pening

Bagaimana hendak mengurus serta mengatur blog agar sesuaidengan suasana semasa atau masukkan apa sahaja yang berkaitan...........
Tu namanya pening perhitungan serta tidak bijak mengurus masa..

pening.............masih mencari sejauh mana blog redha Illahi harus beroperasi...

Wednesday, May 28, 2008

Faham

Sejauh mana kefahaman seseorang terhadap ilmu Islam jika diambil kira dalam kehidupan. Ataupun pelaksanaan kewajipan kepada Allah SWT.

Kadang-kadang kita terkeluar dari landasan Islam yang semestinya perlu diikuti namun tanpa disedari perbuatan kita adalah salah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Bagaimanakah kita hendak terus berada di landasan yang betul dan kenapa ia jadi begitu? Persoalannya tetap ada kerana setiap minit perjalanan hidup kita senantiasa diuji oleh persekitaran yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Jadi kita haruslah terus berusaha mencari keredhaanNya.

meg@fatamorgana: mencari redha

zaharuddin.netmeg@fatamorgana: mencari redha

Monday, March 31, 2008

mencari redha

kepada sesiapa sahaja yang sudi menghantar sumber-sumber berkenaan islam!